Selamat pagi. Pagi-pagi awal aku dah buka internet. Nak tengok
Yamiya. Lepas itu, aku cuba search lens Tamron. Aku nak cari 70-200 f/2.8. Tengok jumpa juga, third partylah, kalau Canon ori, yang pasti aku tak dapat nak beli. Yang Tamron ini dalam RM3K, bolehlah, dari Canon, RM7K. Tengoklah nanti, nak beli speedlite dulu.

Selepas punah harapan aku melihat lens yang harganya RM3K, aku beranikan diri mencari speedlite. Dan jumpa Canon Speedlite 580 EX II & 430 EX II. Aku mula konfius, antara dua, dan harga jauh berbeza. RM 1.7K & RM1.1K, yang mana akan menjadi pilihan hati aku?
